BOTM Mac: Sebulan dalam Seminit

15 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera para Wasaber!

Kepada Wasaber yang menyambut harijadi pada hari ini tanggal 29 Februari, SELAMAT ULANG TAHUN 4 kali setahun kami ucapkan. Maklumlah 29 Februari ni muncul dalam tempoh 4 tahun sekali. hehe. Kami krew WSB disini ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada para Wasaber kerana pembatalan outing bersama Wasaber yang sepatutnya berlangsung pada 25 Februari 2012. Outing tersebut terpaksa dibatalkan kerana krew WSB perlu menyelesaikan hal tertentu dan tidak dapat dielakkan. Tapi dalam masa terdekat, outing WSB ini tetap akan dijalankan. Apa kata pada bulan Mac? Kamurang cadanglah haribulan bos. kehkeh.

Okay, berbalik ke slot BOTM. BOTM kini kembali lagi untuk bulan Mac setelah BOTM berehat pada bulan Februari. BOTM Mac ini dianggap mencabar, jadi para Wasaber yang suka cabaran, anda sangat dialu-alukan untuk menyahut cabaran BOTM kali ni. Ada berani?


TEMA: Sebulan dalam Seminit

Cabaran BOTM kali memerlukan anda bekerja dengan kamera. Nda kiralah kamera digital ka, kamera Henfon ka, kamera DSLR ka. Asal buli tangkap video. Apa yang perlu anda buat ialah:

• Rakam event yang kamu rasa menarik setiap hari dari 1 haribulan Mac hingga 30 haribulan Mac.

• Setelah berjaya mengambil video dari 1 haribulan Mac hingga 30 haribulan Mac, rangkumkan video tersebut menjadi sebuah video.

• Edit video tersebut sehingga menjadi seminit. Rakaman 2 saat untuk sehari, maka 30 hari 60 saat / seminit.

• Terpulang kepada anda untuk edit video tersebut, kreativiti diambil kira.

Kamurang bulilah tengok contoh video disini.


HADIAH BOTM MAC
BOTM Mac akan ditaja oleh Wasaber Aima. TERIMA KASIH AIMA! Lots of love.

Selesai buat entri, hantar penyertaan anda ke emel kami: contest@wsbmania.com

Selamat menempuhi cabaran bulan Mac! :)

FREE TALK : EMAS SEBAGAI INSTRUMEN SIMPANAN & PELABURAN

2 comments
Dari arkib WSB News untuk hebahan Wasaber:

 

FREE TALK : ASAS PENGETAHUAN - EMAS SEBAGAI INSTRUMEN SIMPANAN & PELABURAN (Untuk orang Sandakan dan sekitarnya)
Tarikh: Sabtu, 18 Februari, 2012
Masa: 3:00pm sehingga 5:30 pm
Tempat: LOT 315, LORONG 9, TAMAN UTAMA, FASA 3, IJM, JALAN
BATU 5, SANDAKAN, SABAH

Speaker:
KHAIRUL FAHMI
Priority Dealer Public Gold Sabah/ Sarawak
Admin emassilverborneo.com


ANTARA TOPIK PERBINCANGAN:
1. Mengapa Emas.
2. Asas pengetahuan memulakan pelaburan emas.
3. Rahsia Wang Kertas.
4. Tips Pelaburan Emas.
5. Tips/ teknik-teknik terbaik membeli emas.
6. Peluang perniagaan dengan Public Gold.
(EMAS YANG DIMAKSUDKAN ADALAH DALAM BENTUK FIZIKAL SEPERTI JONGKONG, DINAR EMAS DAN BARANG KEMAS).

MASUK ADALAH PERCUMA!

Maklumat lebih lanjut, sila lawati Pentas Opera.

Pemenang BOTM: Kawasan Bersejarah

12 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera Wasaber!

BOTM yang lalu bertemakan Kawasan Bersejarah telahpun melabuhkan tirainya. Hanya beberapa orang Wasaber sahaja yang turut serta. Wasaber sibuk bah kali kan. Ok, setelah beberapa membuat penilaian dibantu dengan krew WSB sebagai penilai dan penaja menjadi juri jemputan, pemenang telahpun dipilih. Kriteria pemenang dipilih melalui isi kandungan, gambar, maklumat yang disampaikan selain daripada susun atur blog.

BOTM tersebut hanya memilih seorang sahaja pemenang. dan peserta yang BERTUAH tersebut ialah:

ALHAFIZAH A. RAMOS - Sandakan Tea House -

Tahniah diucapkan kepada pemenang. Hadiah yang bakal dimenangi ialah :-

Sebuah beg tangan
Kepada pemenang sila berikan alamat anda kepada admin untuk menuntut hadiah anda. 

Hadiahnya berupa beg tangan kerana pemenangnya adalah perempuan, kalau lelaki yang menang, lain lagi hadiahnya. Sekali lagi Tahniah! :)

Jutaan terima kasih juga tidak dilupakan kepada penaja Wasaber Lina dan butiknya I Love Oldies yang telah sudi menjadi penaja kepada BOTM : Kawasan Bersejarah. Kepada Wasaber yang berminat dengan pakaian vintage dan macam-macam jenis pakaian yang menarik pada harga berpatutan, silalah berkunjung ke butik online Lina, klik sini. Memang bersejarah.

Sampai disini sahaja dulu. WSB mendoakan para Wasaber terus sukses dalam bidang yang diceburi (yang halah saja kena dia ya. hehe). 

Bulan ini BOTM akan berehat. Nantikan BOTM akan datang~

Komik WSB: 20122010

12 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera Wasaber!

Ini adalah gathering pertama WSB yang dihadiri hanya 6 orang Wasaber. 6 ORANG SAHAJA. Tapi perjumpaan dan perkenalan tu amat bermakna. Wasaber jumpa Wasaber, gamatlah jawabnya. Mini gathering tersebut telah dikomikkan untuk menyampaikan aturcara perjumpaan tersebut dengan santai dan ringan. Jom layan!

Klik gambar untuk pengimejan fungsi zoom~


#Vlog mini-gath:20122010

Ada Wasaber yang tanya bila lagi mau buat gathering? Bah, setelah sekian lama Wasaber tidak berhimpun bersama, maka kemungkinan besar Februari depan WSB akan mengadakan mini gath. Pastikan Wasaber ada masa terluang Februari depan. Sebarang info akan diberitahu dari semasa ke semasa.

WSB yOu!
 

Followers

Facebook WSB Badge